Lawatan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun

15 Januari 2015 - Pada hari ini, warga SKSP berasa amat bertuah kerana menerima kunjungan daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun ( Haji Bakar Bin Jusoh ). Dalam kunjungan ini, beliau sempat melawat bilik-bilik darjah dan membuat sedikit taklimat ringkas bersama warga guru. Tuan PPD Dungun juga berharap agar warga guru SKSP terus komited dalam melaksanakan tugas-tuags harian demi mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan.

Terima Kasih Tuan PPD Dungun.

*Gambar oleh Ustaz Mohd Aripen