Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi Persekolahan 2015

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, guru-guru SK Seri Paka telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi Persekolahan 2015 pada hari ini (29 Disember 2014). Walaupun terdapat kekangan oleh cuaca dan musibah banjir yang telah melanda sekitar sekolah ini, namun tidak menjadi penghalang kepada warga guru untuk hadir bermesyuarat. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai perancangan dan perjalanan persekolahan sesi 2015. Guru Besar merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru.