UPSR 2013 (35 murid 5A dan GPS 1.8)

          Syukur ke hadrat Illahi, tahun 2013 menyaksikan seramai 35 orang murid tahun 6 SK Seri Paka telah memperolehi 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan peratusnya sebanyak 20.83% dan membawa kepada GPS 1.8. Manakala MIN C pula adalah seramai 140 murid dan peratus 83.33%. Tahun 2012,  GPS kami adalah 1.93 berbanding tahun 2011 iaitu 2.07.

           Tahniah dikalungkan kepada semua murid yang telah berjaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertugas dengan penuh dedikasi. Jutaan terima kasih juga diucapkan PIBG yang sentiasa menyokong segala aktiviti sekolah.

 

[ Galeri Gambar ]