Dimaklumkan bahawa semakan permohonan murid Tingkatan 1 (Satu) Tahun 2016 ke :

1. Sekolah Elit

- SMK Lembah Bidong, Setiu

- SMK Mak Lagam, Kemaman

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

- SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu

- SMKA Dato' Haji Abbas, Kuala Nerus

- SMKA Durian Guling, Marang

- SMKA Kuala Abang, Dungun

- SMKA Nurul Ittifaq, Besut

- SMKA Wataniah, Besut

3. Sekolah Premier

- SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terenggau

- SMK Chukai, Kemaman

- SMK Tengku Mahmud, Besut

- SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun

- SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu

4. Kelas Premier

- SMK Ibrahim Fikri, Kuala Nerus

- SMK Padang Midin, Kuala Terengganu

- SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus

- SMK Tengku Lela Segara, Marang

- SMK Bukit Sawa, Marang

- SMK Ajil, Hulu Terengganu

- SMK Sultan Omar, Dungun

- SMK Sungai Tong, Setiu

- SMK Tengku Ibrahim, Setiu

- SMK Seri Nering, Besut

boleh dibuat secara online di laman web berikut :

 

15 Januari 2015 - Pada hari ini, warga SKSP berasa amat bertuah kerana menerima kunjungan daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun ( Haji Bakar Bin Jusoh ). Dalam kunjungan ini, beliau sempat melawat bilik-bilik darjah dan membuat sedikit taklimat ringkas bersama warga guru. Tuan PPD Dungun juga berharap agar warga guru SKSP terus komited dalam melaksanakan tugas-tuags harian demi mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan.

Read more: Lawatan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, guru-guru SK Seri Paka telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi Persekolahan 2015 pada hari ini (29 Disember 2014). Walaupun terdapat kekangan oleh cuaca dan musibah banjir yang telah melanda sekitar sekolah ini, namun tidak menjadi penghalang kepada warga guru untuk hadir bermesyuarat. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai perancangan dan perjalanan persekolahan sesi 2015. Guru Besar merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru. 

 

 PERMULAAN   SESI  PERSEKOLAHAN   TAHUN  2015

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2015 bagi seluruh negeri Terengganu akan bermula pada 5 Januari  2015 bersamaan  hari Isnin.

2.        Untuk  makluman  tuan,  pada  4  Januari  2015  iaitu  hari  Ahad  merupakan  Hari Kelepasan Am Negeri sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada

            3 Januari 2015 iaitu hari Sabtu. (Sila rujuk jadual Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu Tahun 2015).

3.    Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Page 1 of 4