Peringatan Ketika Musim Banjir

 

 

  • Orang awam diminta sentiasa peka dengan amaran banjir daripada pihak berkuasa.
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
  • Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras.
  • Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/ beg/ fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan.
  • Apabila berlaku banjir, pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.
  • Apabila berlaku banjir, segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.
  • Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet.