Rebutlah peluang lima sebelum lima:

Masa muda sebelum tiba masa tua.

Masa sihat sebelum tiba masa sakit.

Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.

Masa kaya sebelum tiba masa papa.

Masa hidup sebelum tiba masa mati.

 

Semoga tahun 2015 menjadi tahun terbaik dan penuh rahmat buat kita semua. 

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
- Kamus Dewan Edisi Keempat

 

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : M A L A Y S I A

 

Mahukah anda melihat perubahan yang ketara kepada kejayaan anak anda? Sila muat turun untuk maklumat lanjut.


KAMPUNG KEMAT – Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Read more: Pelajar 24 Tahun Dari Hulu Terengganu Ditawar Buat PhD Biokimia Di Universiti Oxford