Pertandingan Bola Baling (12 Tahun) Peringkat PKG Paka telah berlangsung dengan jayanya pada 24 hingga 26 Februari 2014. Pertandingan ini disertai oleh 10 pasukan lelaki dan 11 pasukan perempuan. SK Tebing Tembah telah menjadi johan dalam kedua-dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Kemenangan yang penuh bergaya ini telah diraikan dengan penuh perasaan gembira oleh pemain dan guru mereka. Pihak SK Seri Paka yang bertindak sebagai penganjur pertandingan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini, terutamanya kepada para pengadil, pengurus pasukan, jurulatih, guru-guru dan murid-murid.

 

[ Galeri 1 ]  [ Galeri 2 ]  [ Galeri 3 ]  [Galeri 4[Galeri 5 ]

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan  "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Pada hari Khamis (16 Januari 2014)  Sekolah Kebangsaan Seri Paka telah menganjurkan sambutan ini. Sambutan peringkat sekolah ini melibatkan semua murid tahap satu dan dua.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua murid dan guru serta kakitangan sekolah yang telah mengambil bahagian untuk menjayakan sambutan ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada pihak polis Balai Paka, PIBG dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

[GALERI GAMBAR]

ALBUM 1 , ALBUM 2 , ALBUM 3 , ALBUM 4

ALBUM 5 , ALBUM 6 , ALBUM 7 , ALBUM 8