Pada 12 Mei 2015, SK Seri Paka telah menerima Satu Lawatan Penanda Arasan dari SK Padang Hiliran Kuala Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 35 murid ( pengawas ) dan 6 orang guru pengiring. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kunjungan tersebut.

Bulan Mei 2015 adalah merupakan bulan Matematik bagi SK Seri Paka. Majlis Pelancarannya telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu Puan Shamsiah bt Abd Razak pada 9 Mei 2015 baru-baru. Gimik melepaskan seekor burung sebagai simbolik yang Matematik itu "bebas" juga telah dilakukan dan mendapat tepukan yang gemuruh oleh murid-murid. Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti Matematik telah disusun oleh Panitia Matematik dan sasarannya ialah semua murid dari tahun1 hingga tahun 6.

13 April 2015, merupakan hari terakhir ustaz Hassan bin Mat Amin di SK Seri Paka dan juga hari terakhir beliau dalam bidang pendidikan. Majlis persaraan beliau telah disambut dengan hati yang berat oleh para rakan guru dan anak didik beliau. Jutaan terima kasih pihak sekolah ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang julung-julung kali disambut di sekolah ini.

Pada 12 Mac 2015, satu kem kepimpinan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan PRS telah diadakan di Chalet Tuk-tuk, Janda Baik. Kem ini disertai oleh 88 orang murid iaitu murid lelaki seramai 34 orang dan murid perempuan 54 orang.