Pada 13 Februari 2013, Pasukan Ragbi Bawah 12 Tahun Sk Seri Paka telah muncul sebagai Johan Peringkat Daerah Dungun apabila berjaya menewaskan Pasukan SK Tebing Tembah. Kemenangan "bergaya" ( 22 - 0 ) ini diraikan oleh warga Sk Seri Paka dengan penuh meriah. Jutaan tahniah diucapkan kepada En.Mohd  Faizal bin Awang dan En. Mohd Syukri Halim bin Mokhtar selaku juru latih yang telah bertungkus lumus dan berpanas hujan melatih pasukan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjayakan pertandingan ini.

 

 

[GALERI GAMBAR]

   Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, SK Seri Paka telah berjaya menganjurkan Majlis Temu Murni Waris Murid Tahun Enam pada  7 Februari baru-baru ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Idris Bin Bidin iaitu Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun. Semoga majlis yang bermula seawal 8.30 pagi ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara waris murid tahun enam dengan pihak sekolah. Kami, pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan majlis ini.

 

[GALERI GAMBAR]

      Pada 30 Januari hingga 1 Februari 2013. SK Seri Paka telah menganjurkan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Tahun Enam. Kem ini berlangsung di Pusat Latihan Kerteh yang terletak di Felda Kerteh 2 & 3. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak-pihak yang terlibat amatlah dihargai.

 

[GALERI GAMBAR]

        Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga SK Seri Paka termasuk guru-guru, murid-murid, staff, PIBG, pihak polis, RELA dan juga pihak-pihak lain yang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

[Galeri Gambar]