Pada 9 Mac baru-baru ini, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 telah berjaya dilangsungkan. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Haji Zakaria @ Arifin Bin Abdullah (ADUN PAKA). Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak ibu bapa yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis ini. Semoga kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru akan membuahkan kejayaan yang lebih cemerlang anak-anak didik SK Seri Paka.

 

[GALERI GAMBAR]

    SK Seri Paka, 17 Februari - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2013 telah dilangsungkan dengan jayanya. Majlis yang bermula seawal pukul 8 pagi ini telah disempurnakan oleh ketua Balai Polis Paka iatu Inspektor Sabri Bin Mohamad Noor. Seramai 124 orang murid telah dipilih. Mereka terdiri daripada 51 orang murid lelaki dan 48 orang murid perempuan Tahap 2. Bagi Tahap 1, murid lelaki seramai 11 dan murid perempuan 14 orang. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah terpilih. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dapat dipikul dengan penuh dedikasi. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

 

[GALERI GAMBAR]