HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

 
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Bermula dari Khamis ( 9 Mei 2013 ) hingga Rabu ( 15 Mei 2013) murid SK Seri Paka akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun. Para guru SK Seri Paka mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan dan Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kamu.

30 April, Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SK Seri Paka telah berjaya dilangsungkan. Pertandingan ini telah disertai oleh empat unit beruniform iaitu Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

[GALERI GAMBAR]