Pada 23 hingga 26 Oktober yang lepas, seramai 21 orang murid dan 7 orang guru SK Seri Paka telah mengikuti Program Lawatan Bermaklumat ke negeri Sarawak. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Muzium Negeri, Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Kampung Budaya dan beberapa tempat lagi.

Galeri Gambar

[ Bahagian 1]      [ Bahagian 2]

[ Bahagian 3]      [ Bahagian 4]

[ Bahagian 5]     [ Bahagian 6]

[ Bahagian 7]

          Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh komuniti SK Seri Paka. Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban membawa mesej yang penting kepada seluruh umat Islam untuk sentiasa dihayati dan diteladani.  Antaranya  ialah sifat pengorbanan tinggi yang harus dimiliki oleh umat Islam bagi mencapai kejayaan yang diredhai Allah SWT.

 

Pada 22 dan 23 September 2013. Karnival 1M1S telah dianjurkan. Karnival ini disertai oleh 42 orang murid tahun lima. Sukan yang terlibat ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Karnival ini juga mendedahkan para peserta tentang teori keselamatan dan kecederaan dalam sukan. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.

Galeri

[ Gambar ]

[ Video ]

SK Seri Paka telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Agung Unit Beruniform bermula pada 18 hingga 20 September yang lalu. Program ini disertai oleh 175 orang murid. 35  orang murid daripada setiap unit beruniform. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Galeri Gambar

[ Bahagian 1 ]

[ Bahagian 2 ]