Pertandingan Bola Baling PKG Paka ( 12 Tahun)

Pertandingan Bola Baling (12 Tahun) Peringkat PKG Paka telah berlangsung dengan jayanya pada 24 hingga 26 Februari 2014. Pertandingan ini disertai oleh 10 pasukan lelaki dan 11 pasukan perempuan. SK Tebing Tembah telah menjadi johan dalam kedua-dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Kemenangan yang penuh bergaya ini telah diraikan dengan penuh perasaan gembira oleh pemain dan guru mereka. Pihak SK Seri Paka yang bertindak sebagai penganjur pertandingan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini, terutamanya kepada para pengadil, pengurus pasukan, jurulatih, guru-guru dan murid-murid.

 

[ Galeri 1 ]  [ Galeri 2 ]  [ Galeri 3 ]  [Galeri 4[Galeri 5 ]