Sekali lagi SK Seri Paka telah terpilih menyertai program kemasyarakatan British Petroleum (BP) melalui Program BPMyScience.
Kepada seluruh warga SK Seri Paka dan juga Ibu-bapa, terima kasih atas sokongan anda.
Fleas Flea's can jump 130 times higher than their own height. In human terms this is equal to a 6ft. person jumping 780 ft. into the air.
Berita Harian
MISC@MyTopSchool
Presentation di Ma'Daerah
Written by dheeya
Sunday, 08 August 2010
Tahniah dan syabas kepada 6 wakil SKSP iaitu Mohammad Fikri Mazlan, Afiqah Athirah Ahmad Asri, Siti Nur Adnin Zamri, Nur Amira Syabihah, Nur Afiqah Hanin dan Norliana Omar yang telah berjaya membawa pulang RM200 dengan memenangi hadiah 2nd Runner-Up-Presentation dalam pertandingan BPmyScience kategori persembahan antara sekolah-sekolah.
Sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai dengan 5 buah sekolah dari negeri Pahang dan 5 buah lagi dari Terengganu. The Best Presentation di menangi oleh SK Air Putih, Kuantan, 1st Runner-Up-Presentation SK Paka 3, Paka dan 2nd Runner-Up-Presentation SK Seri Paka, Paka, Terengganu. Bagi kategori Laman Web BPmyscience pula SK Seripaka muncul The Best Website, 1st Runner-Up-Website Sekolah Al-Irsayad, Kuantan dan 2nd Runner-Up-Website pula dikongsi oleh 2 buah sekolah iaitu SK Meraga Beris, Kemaman dan SKJC Khong Min, Kuantan.
Pengalaman sekumpulan murid sekolah ini menghasilkan ais krim tanpa diletakkan di dalam peti sejuk sewaktu menyertai program BPmyScience di Petrosains, Kuala Lumpur telah dimanfaatkan apabila mereka berkongsi pengalaman mereka itu bersama rakan-rakan pelajar lain di sekolah dengan membantu mereka menghasilkan semula ais krim tersebut.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan ais krim...
RANTAU ABANG 6 JULAI - Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Seri Paka telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2010 pada 6 hingga 8 Julai di D'TERATAI BEACH RESORT Rantau Abang, Dungun, Terengganu.
Semua peserta kem dikehendaki mendaftar selewat-lewatnya pukul 3.00 petang pada hari tersebut. Selepas pendaftaran, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Abang Dino wakil pihak pengurusan D' Teratai Beach Resort.
Program ini telah di sertai oleh 72 murid sekolah ini. Menurut Setiausaha JK penganjur semua guru terlibat dalam menjayakan kem ini. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertugas yang telah ditetapkan.
Sementara itu peserta kem akan didedahkan dengan teknik belajar, motivasi, kaedah menjawab soalan dan kemahiran belajar. Fasilitator yang dijemput untuk mengisi slot-slot pada kem ini adalah terdiri daripada guru-guru pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing.
Pihak sekolah juga memberikan kelonggaran kepada ibubapa pelajar untuk melawat anak mereka semasa kem ini berlangsung, tetapi mereka diingatkan supaya datang pada masa yang telah ditetapkan iaitu semasa sesi petang ketika anak-anak mengadakan aktiviti rekreasi.
Pada 29 Jun 2010, Sekolah SK Seri Paka telah mengadakan hari kantin untuk mengumpul dana bagi perpustakaan sekolah. Hari kantin pada tahun ini telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Tuan Haji Daik. Program Hari Kantin ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama daripada kalangan ibu-bapa pelajar sendiri.
Pada pagi Hari Kantin tersebut, para guru serta murid yang bertugas untuk menjual makanan serta menyiapkan keperluan yang akan digunakan untuk permainan, telah hadir pada awal pagi untuk mengelakkan daripada terlewat. Berbagai aktiviti lain telah dirancang selain daripada gerai-gerai jualan. Antaranya pertandingan mewarna untuk murid tahap 1, pakaian beragam bagi murid-murid prasekolah serta kuiz bagi murid-murid tahap 2 dan juga pemeran dari Kementerian Pengangkutan Malaysia serta BOMBA .
KUALA TERENGGANU 30 Mei - Kira-kira 22,000 orang guru sekolah menengah dan rendah di negeri ini bakal menerima 'buah tangan' istimewa daripada kerajaan negeri mulai
awal Jun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, sumbangan itu sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada golongan guru yang komited sehingga meletakkan Terengganu di tangga teratas dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, bagi UPSR, Terengganu dinobatkan negeri terbaik buat sembilan tahun berturut-turut manakala tiga tahun berturut-turut bagi SPM.
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menawarkan ganjaran lawatan ke luar negara untuk 50 guru cemerlang terpilih, jika Terengganu berjaya mengekalkan pencapaian negeri terbaik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-10 tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kerajaan negeri meningkatkan jumlah guru cemerlang terpilih menyertai lawatan ke negara yang ditentukan kelak, berbanding 24 sebelum ini, sebagai penghargaan kepada guru yang banyak membantu menjayakan agenda pendidikan di negeri ini.
“Jika Terengganu berjaya kekalkan pencapaian negeri terbaik dalam UPSR kali ke-10, kita berjanji